Wednesday, December 8, 2021

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Pengenalan

Menurut dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan tertentu. kepimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, mempengaruhi dan membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu, mempunyai cara dan seni sendiri. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan.


Jenis-jenis gaya kepimpinan 

Gaya Kepimpinan Autokratik

- Seseorang pemimpin yang mementingkan perlaksanaan tugas.

- Pemimpin ini menggunakan sumber kuasa formal.

- Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu mesti dipatuhi.


Gaya Kepimpinan Demokratik

- Gaya kempimpinan ini dikenali juga sebagai pemimpin yang menggalakkan semua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya.

- Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberi pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.  


Gaya Kepimpinan Laissez-Faire

- Kepimpinan ini memberi kebebasan dan kurang unsur-unsur kawalan.

- Membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya dan berperanan sebagai pemerhati senyap.

- Memberi ruang kepada individu supaya lebih kreatif dan kritis.

- Dalam pengurusan di sekolah, cara ini boleh diamalkan tetapi tidak kepada semua guru dan staf.


Gaya Kepimpinan Kotigensi

- Gaya kepimpinan ini adalah berdasarkan situasi.

- Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri.

- Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.


Gaya Kepimpinan Instruksional

- Kepimpinan instruksional boleh diukur melalui pencapaian matlamat dam kesejahteraan rakyat.

- Salah satu ciri kepimpinan ini adalah pemimpin akan meyediakan sumber keperluan organisasi.

- Pemimpin memberi penekanan dalam memantau kerja yang dapat membaiki mutu kerja, sikap dan penyelesaian masalah. 


Kesimpulan

    Pemilihan sesuatu gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi pendidikan akan meninggalkan kesan kepada warga sekolah itu sendiri. Pihak-pihak yang terlibat perlu berganding bahu bagi memastikan gaya kepimpinan yang diamalkan berjaya mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Kajian mengenai Organisasi dan Kepimpinan ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan awal kepada bakal guru dari perspektif seorang guru itu sendiri.


RUJUKAN

Don, Y. (2007). Kepimpinan dan pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.https://books.google.com.my/books id=kmi7UNgPHGgC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false



ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Pengenalan Menurut dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan tertentu. kep...